Friday, January 21, 2011

Pilihanraya kecil

Belum pun berlangsung pilihanraya kecil DUN TENANG,sudah menanti dua pilihanraya kecil bakal di adakan,satu di Melaka dan satu di Selangor.kesemua kerusi yang kosong adalah milik BN.Apakah BN mampu mempertahankan kerusi yang di mileki atau terlepas ke tangan pembangkang.Kalau di imbas pada pilihanraya kecil yang lepas2 separuh sahaja yang BN menang daripada beberapa pilihanraya kecil yang berlangsung.Dengan keputusan yang tidak membanggakan BN.Kalau dulu bila diadakan pilihanraya kecil kerusi milik pembangkang BN dapat di merampas,tapi sejak akhir2 ini nampaknya tidak berulang lagi.Usahkan nak merampas kerusi pembangkang,yang di pegang pun belumtentu dapat di kekalkan.
Pemimpin2 BN jangan angkuh dan sombong,rakyat sudah pandai menilai,rakyat tidak mahu tertipu lagi,ketentuan kemenangan terletak di tangan rakyat.Pemimpin2 BN CUBA MUHASABAH LAH DIRI, jangan asyek mengejar kekayaan dan pangkat.ingat rakyat suka ke pemimpin yang macam ni?.rakyak sudah bosan dan jemu dengan gelagat dan cara pemimpin BN yang mementingkan diri dan keluarga,sahabat dan kroni2nya.Lagi bagus kalau PM adakan pilihanraya umum lebih awal supaya rakyat dapat menghukum pesalah2 dari kepimpinan BN.

Sunday, January 2, 2011

APA KAH KEMISKINAN MEMBAWA KEKUFURAN?

Tak ada seorang pun di dunia ini yang inginkan kemiskinan,tapi kemiskinan tetap datang juga. kemiskinan ada di mana2,bukan setakat di Malaysia malah ada di seluruh dunia,samada di negara kaya atau pun negara miskin.lebih 1/3 rakyat malaysia terdiri dari golongan miskin.walaupun kerajaan berusaha untuk menghapus kemiskinan sehingga ke tahap kemiskinan sifar,namun itu hanya kata2 untuk menyejukkan hati rakyat.kerajaan telah mengisytiharkan yang sekarang ini negara menuju kepada berpendapatan tinggi.memang cita2 kerajaan itu patut di sokong,menjelang 2020 Malaysia akan bergelar negara maju.
Kerajaan membelanjakan wang yang besar untuk membantu rakyat dengan menyalurkan peruntukan melalui berbagai2 jabatan;Jabatan kebajikan masyarakat(JKM),Jabatan kemajuan masyarakat (KEMAS) dan melalui ajensi lain ,Risda ,felda,felcra dan lain2 lagi.semua nya untuk membantu dan memajukan rakyat.
Yang menjadi persoalan semakin banyak bantuan kerajaan bagi,tak surut2 juga orang miskin,malah bertambah ramai.kenapa dan mengapa.Ini lah yang di katakan tak ada siapa yang mahukan kemiskinan,tak ada siapa yang tak mahukan wang.bila dah wang berada dalam tangan amat berat hendak di lepaskan.
Rakyat miskin di kampung mengharap belas ihsan dari kerajaan.bila kerajaan bagi bantuan,ia nya tak sampai kepada rakyat di sambar oleh orang tengah,kalau sampai pun separuh sahaja,sebab itu lah yang miskin bertambah dan yang kaya bertambah kaya.
Kerajaan patut ambil tahu ada kah segala bantuan terus sampai kepada rakyat.orang tengah kan dah ada gaji,buat apa nak ambil hak rakyat lagi.orang miskin bertambah ramai di sebabkan mereka2 ini.sepatut nya mereka kena ingat bila rakyat miskin dan hidup terdesak,macam2 perkara munkin akan di lakukan.sebab itu kemiskinan seseorang itu membawa kekufuran.kemiskinan seseorang itu menjadi penyokong yang membawa rebah.harap kan pertolongan dari orang kaya,mana nak bagi pada orang miskin tak ada pulangan balik. kalau tak dengan sumbangan atau derma tulis cek besar2 panggil pemberita ambil gambar upacara menyerah cek,masuk tv ,tu yang mereka mahu.tapi bukan nya semua orang kaya macamtu.