Sunday, January 2, 2011

APA KAH KEMISKINAN MEMBAWA KEKUFURAN?

Tak ada seorang pun di dunia ini yang inginkan kemiskinan,tapi kemiskinan tetap datang juga. kemiskinan ada di mana2,bukan setakat di Malaysia malah ada di seluruh dunia,samada di negara kaya atau pun negara miskin.lebih 1/3 rakyat malaysia terdiri dari golongan miskin.walaupun kerajaan berusaha untuk menghapus kemiskinan sehingga ke tahap kemiskinan sifar,namun itu hanya kata2 untuk menyejukkan hati rakyat.kerajaan telah mengisytiharkan yang sekarang ini negara menuju kepada berpendapatan tinggi.memang cita2 kerajaan itu patut di sokong,menjelang 2020 Malaysia akan bergelar negara maju.
Kerajaan membelanjakan wang yang besar untuk membantu rakyat dengan menyalurkan peruntukan melalui berbagai2 jabatan;Jabatan kebajikan masyarakat(JKM),Jabatan kemajuan masyarakat (KEMAS) dan melalui ajensi lain ,Risda ,felda,felcra dan lain2 lagi.semua nya untuk membantu dan memajukan rakyat.
Yang menjadi persoalan semakin banyak bantuan kerajaan bagi,tak surut2 juga orang miskin,malah bertambah ramai.kenapa dan mengapa.Ini lah yang di katakan tak ada siapa yang mahukan kemiskinan,tak ada siapa yang tak mahukan wang.bila dah wang berada dalam tangan amat berat hendak di lepaskan.
Rakyat miskin di kampung mengharap belas ihsan dari kerajaan.bila kerajaan bagi bantuan,ia nya tak sampai kepada rakyat di sambar oleh orang tengah,kalau sampai pun separuh sahaja,sebab itu lah yang miskin bertambah dan yang kaya bertambah kaya.
Kerajaan patut ambil tahu ada kah segala bantuan terus sampai kepada rakyat.orang tengah kan dah ada gaji,buat apa nak ambil hak rakyat lagi.orang miskin bertambah ramai di sebabkan mereka2 ini.sepatut nya mereka kena ingat bila rakyat miskin dan hidup terdesak,macam2 perkara munkin akan di lakukan.sebab itu kemiskinan seseorang itu membawa kekufuran.kemiskinan seseorang itu menjadi penyokong yang membawa rebah.harap kan pertolongan dari orang kaya,mana nak bagi pada orang miskin tak ada pulangan balik. kalau tak dengan sumbangan atau derma tulis cek besar2 panggil pemberita ambil gambar upacara menyerah cek,masuk tv ,tu yang mereka mahu.tapi bukan nya semua orang kaya macamtu.

No comments:

Post a Comment