Monday, December 20, 2010

ANTARA UMNO DAN PAS. PKR?

Selama empat puluh tahun saya bersama PAS .sejak saya mula lahir yaitu pada 6 hb 7 tahun 1953 sehingga tahun 1993.Keluarga saya merupakan golongan yang fanatik dalam pas,sehinggakan sembelihan orang2 umno haram di makan.Tidak boleh berkahwin dengan anak orang umno,tidak boleh sembahyang berimankan orang umno,dan semuanya tidak boleh kalau ada berkaitan dengan orang umno.saya rasa tersiksa hidup dalam keadaan begini,hidup berpuak2 antara pas dan umno.Itu berlaku sekitar tahun 80an.

Saya mula terfikir,saya rasa saya sudah matang dalam politik pas,dan dalam umur empat puluh tahun pemikiran saya sudah matang.saya mengambil jalan keluar,secara beransur2 saya menjauhi diri dari menyertai progrem parti.sehingga lah saya mengambil keputusan untuk lari lebih jauh .Saya pergi ke Singapura dan bekerja sebagai buruh binaan,walaupun penat tapi hati rasa puas kerana dapat wang banyak.
dua bulan sekali saya balik menjengah anak dan isteri.

Tiga tahun saya bekerja di Singapura.banyak pengalaman yang saya dapat.Selepas itu saya ambil keputusan untuk bersama anak isteri di rumah sebab anak dah bersekolah perlu di beri perhatian.Tinggal di kampung walaupun perbelanjaan nya rendah ,kalau tak di cari di mana nak dapat wang.keluarga saya dari golongan miskin.yang penting anak sekolah perlukan perbelanjaan.saya terpaksa bekerja lebih berat lagi dengan kerja sebagai kuli membancuh simen konkerit membuat longkang dengan bapa saudara ,gaji di beri hanya sepuluh ringgit sehari.dengan pendapatan sepuluh ringgit sehari amat tak mencukupi,mujur lah isteri pandai sikit2 buat kueh,pagi2 saya pergi letak kueh di kedai2 kopi berhampiran,dapat lah sedikit wang tambahan.

Setelah saya berada di kampung rakan2 dalam parti datang berjumpa bertanya kenapa lama tak nampak muka dalam progrem parti,kat ceramah tak ada,mesyuarat tak hadir,dan majlis2 parti semua tak hadir. Saya kata parti tak boleh beri kita makan,parti tak boleh tanggung anak sekolah,parti membebankan hidup kita.apa tidak nya kalau pergi dengar ceramah kena derma satu ringgit,kata derma tapi wajib kena bagi,wajib kena hadir dengar ceramah.kadang2 tiap2 malam ada ceramah.kalau macamni teruk saya. Setelah saya fikir masak2 saya ambil keputusan untuk tidak bergiat lagi dalam parti dan akan tinggalkan parti yang membebankan. Akhir nya saya mengucapkan selamat tinggal kepada parti PAS ,dan saya tak akn kembali lagi kepada PAS.
                                  catatan;saya akan sambung lagi cerita saya ini di lambaran akan datang.

No comments:

Post a Comment